Monday, February 22, 2010

cik yang manja!

assalamualaikum.

saya ingin bercerita sedikit tentang ayam kesayangan saya. sebenarnya cerita ini sudah diceritakan oleh abah saya dalam blog beliau.

nama ayam itu ialah cik. sebenarnya saya nak namakan ayam tu cheat tapi kesian pulak. saya pilih namanya begitu kerana dia sangat pandai berlakon.

ayam ni pulak tak takut langsung dengan orang. agak-agaknyalah kalau ada harimau dekat situ dah lama jadi makanan.

saya sangat sayang kepada dia sebab sangat jarang dijumpai. sampai ini saja la cerita saya.

Sunday, February 21, 2010

kehilangan kucing kesayanganku abu


hari ini saya nak bercerita tentang kucing kesayangan saya. abu.

saya jumpa kucing ni waktu dia kecil lagi dengan ibu dia. tapi entah macam mana entah ibu dia tinggalkan dia. mula-mula saya buat tak peduli saja. tapi lama-lama kasihan pula. jadi, saya pun jagalah abu.

kini abu semakin besar dan baru-baru ini satu perkara berlaku. kucing kami lari masuk ke dalam longkang ketika umi saya hendak membawanya pergi klinik haiwan. oleh itu hilanglah dia selama-lamanya daripada jagaan saya.

sekarang ini pula kucing kami yang bernama oren pulak hilang. lagilah sedih dibuatnya. sampai situ sajalah perbualan saya hari ini. assalamualaikum.

Saturday, February 20, 2010

berjaya


akhirnya berjaya juga aku membuat blog aku sendiri dengan pertolongan keluarga.

semuanya bermula apabila aku melihat ayah aku membuat blognya sendiri. mula2 aku buat x heran aje tp ble lma2 tengok best juga.
smbil2 tu dpt jge relese tension.

jd aku berterima byk kpd ayah aku dan semua ahli kelurgaku. tq