Tuesday, March 23, 2010

never surrender!

Seorang pemuda pergi keluar dari rumahnya untuk solat subuh di Masjid.Dia berpakaian bersih, berwudhu dan berjalan menuju masjid ditengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut terjatuh dan pakaiannya kotor.Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah, dia berganti baju, berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju ke masjid .

Dalam perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi sekali di tempat yang sama! Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwudhu’ dan berjalan menuju masjid .

Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yang memegang lampu. Dia menanyakan identiti lelaki tersebut,dan menjawab "Saya melihat anda jatuh dua kali di perjalanan menuju ke masjid , jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..' Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .

Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya. Lelaki itu menolak. pemuda itu mengajak lagi hinggakan berkali-kali dan, lagi, jawapannya sama. Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat. lelaki itu menjawab


AKU ADALAH IBLIS(SYAITAN)


Pemuda itu terkejut dengan jawapan lelaki itu. IBLIS kemudian menjelaskan, 'Saya melihat kamu berjalan ke masjid , dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid , Allah memaafkan semua dosa-dosamu. Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal dirumah , kamu tetap memutuskan kembali masjid .

Kerana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu.Saya KHUATIR jika saya membuat kamu jatuh untuk kali ketiga , jangan-jangan Allah akan memaafkan dosa-dosa seluruh penduduk desamu, jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai di masjid dengan selamat....'

Jadi, jangan biarkan IBLIS mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan kereana kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu untuk melaksanakan niat baik tersebut .

Saturday, March 13, 2010

siapa punya??? baik mengaku!!!

abah saya 20 tahun akan datang

SUATU hari di tengah hutan, ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan, seorang pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu terjumpa sebilah pisau lipat di atas tanah.

Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan di dalam hutan, sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan akan dihukum!

Lalu pelajar senior itu mengambil pisau lipat dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa dan siswi yang lalai meninggalkan pisau lipatnya.

"Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?" tanya pelajar senior itu. Tak ada seorang pun yang berani mengaku. Kemudian pelajar senior itu meninggikan suaranya.

"Ayuh cepat. Mengaku aje la. Lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir di sini. Tapi saya inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku."

Senyap! Masih tiada jawapan daripada para pelajar lain.

"Disebabkan tiada ada yang jujur mahu mengakui kesalahannya, maka saya akan panggil namanya," kata senior itu dengan nada yang tegas.

Pelajar-pelajar yang lain semuanya diam. Masing-masing mahu mendengar nama siapakah yang akan dipanggil. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi. Lalu diambilnya pisau lipat tadi. Kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"STAINLESS STEEL!!! Cepat keluar!!!"

Sunday, March 7, 2010

MASISUPA di sekolah menegah agama al-wosto...

sekolah saya ialah sekolah menengah agama al-wosto. ianya adalah sekolah menengah yang terletak di temerloh, pahang. sekolah ini telah berjaya melahirkan ribuan cerdik pandai dalam pelbagai bidang.

baru-baru ini, majlis sukan dan ilmiah sekolah-sekolah agama pahang (MASISUPA) telah mengadakan masisupa peringkat negeri pada 26-28 februari 2010. sekolah saya menjadi tuan rumah kepada majlis tersebut.

selain sekolah kami, sekolah-sekolah agama yang lain yang mengambil bahagian ialah sma guai, sma al ihsan, sma maran, sma chenor.

sebagai tuan rumah, kami menyambut baik kedatangan mereka. kebanyakan mereka menumpang tidur dan berehat di surau kami dan selebihnya di asrama serta di bangunan blok lama.

banyak acara sukan yang diadakan. saya tidak melepaskan peluang melihat acara-acara yang dijalankan dan saya juga memasuki satu pertandingan dalam acara ilmiah, iaitu pertandingan ejaan bahasa inggeris (english competition), malangnya saya kalah.

antara pertandingan lain yang diadakan ialah bola sepak, badminton, bola tampar, futsal dan banyak lagi.

pertandingan tersebut telah berlangsung selama 3 hari dan saya sangat gembira kerana dapat menyertainya dan menambah pengalaman serta kenalan.