Saturday, March 13, 2010

siapa punya??? baik mengaku!!!

abah saya 20 tahun akan datang

SUATU hari di tengah hutan, ketika para pelajar sebuah universiti sedang melakukan penyelidikan terhadap tumbuhan hutan, seorang pelajar senior yang juga merupakan pemimpin kepada rombongan itu terjumpa sebilah pisau lipat di atas tanah.

Menurut peraturan yang telah ditetapkan semasa membuat penyelidikan di dalam hutan, sesiapa yang meninggalkan barang penyelidikan akan dihukum!

Lalu pelajar senior itu mengambil pisau lipat dan menghimpunkan semua pelajar untuk tujuan menghukum mana-mana siswa dan siswi yang lalai meninggalkan pisau lipatnya.

"Siapa yang merasa kehilangan pisau lipat di tengah perjalanan tadi?" tanya pelajar senior itu. Tak ada seorang pun yang berani mengaku. Kemudian pelajar senior itu meninggikan suaranya.

"Ayuh cepat. Mengaku aje la. Lagipun sebenarnya saya sudah tahu siapa pemilik pisau lipat ini kerana namanya terukir di sini. Tapi saya inginkan kejujuran kamu semua untuk mengaku."

Senyap! Masih tiada jawapan daripada para pelajar lain.

"Disebabkan tiada ada yang jujur mahu mengakui kesalahannya, maka saya akan panggil namanya," kata senior itu dengan nada yang tegas.

Pelajar-pelajar yang lain semuanya diam. Masing-masing mahu mendengar nama siapakah yang akan dipanggil. Akhirnya pelajar senior itu tidak dapat bersabar lagi. Lalu diambilnya pisau lipat tadi. Kemudian dengan lantang dia menyebut nama pemilik pisau itu.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"STAINLESS STEEL!!! Cepat keluar!!!"

6 comments:

  1. i love u dik.. eloklah praktis menaip tu... jangan asyik suruh ummie dengan abah je!
    :D

    ReplyDelete
  2. salam danish.. mak cik singgah kejap dari rumah ummi.. eh bila start berblogging ni..mak cik singgah sebab tertarik dgn gambar, mesti cerita best ni..hehehe stainless steel punya ya.. bakat timba dari abah ya..hehe

    ReplyDelete
  3. hehehe...
    sengal jer senior dorg tu yer...

    ReplyDelete
  4. kak shin~ju,
    hehehehe...
    t kasih. saya baru belajar, kak. nanti saya akan baiki dari semasa ke semasa. :)

    ReplyDelete
  5. makcik yam,
    wslm. t kasih ziarah saya. saya cuba2 aje selepas tengok mak, abah & ummie ada blog. :)

    ReplyDelete