Sunday, March 7, 2010

MASISUPA di sekolah menegah agama al-wosto...

sekolah saya ialah sekolah menengah agama al-wosto. ianya adalah sekolah menengah yang terletak di temerloh, pahang. sekolah ini telah berjaya melahirkan ribuan cerdik pandai dalam pelbagai bidang.

baru-baru ini, majlis sukan dan ilmiah sekolah-sekolah agama pahang (MASISUPA) telah mengadakan masisupa peringkat negeri pada 26-28 februari 2010. sekolah saya menjadi tuan rumah kepada majlis tersebut.

selain sekolah kami, sekolah-sekolah agama yang lain yang mengambil bahagian ialah sma guai, sma al ihsan, sma maran, sma chenor.

sebagai tuan rumah, kami menyambut baik kedatangan mereka. kebanyakan mereka menumpang tidur dan berehat di surau kami dan selebihnya di asrama serta di bangunan blok lama.

banyak acara sukan yang diadakan. saya tidak melepaskan peluang melihat acara-acara yang dijalankan dan saya juga memasuki satu pertandingan dalam acara ilmiah, iaitu pertandingan ejaan bahasa inggeris (english competition), malangnya saya kalah.

antara pertandingan lain yang diadakan ialah bola sepak, badminton, bola tampar, futsal dan banyak lagi.

pertandingan tersebut telah berlangsung selama 3 hari dan saya sangat gembira kerana dapat menyertainya dan menambah pengalaman serta kenalan.

1 comment:

  1. waa... baguslah adik tolong promote sekolah. boleh bagitau kawan2 dan cikgu..

    ReplyDelete